Hari raya Aidiladha atau raya korban pasti menemui kita dalam masa beberapa hari sahaja. Sementara orang sibuk korbankan lembu dan kerbau, jangan bentuk badan ramping kita pula yang terkorban! Jadi mari kita ikuti tip jaga badan sepanjang Raya Korban ini!
Makan untuk merasa, bukan untuk kenyang
Nafsu makan cuba dikawal. Memang sup ekor nampak sedap, tambah pelbagai hidangan yang ada lembu, kerbau dan kambing sangat lazat (tetapi ingat, paras kolesterol perlu diperhatikan juga!). Tidak salah makan, cuma beringatlah. Makan untuk merasa, tidak perlulah tambah sampai tiga kali.
Crunches dan squats jangan tinggal
Raya haji tak bermakna boleh abaikan senaman. Alang-alang dah bangun awal untuk tengok lembu disembelih, cuba lakukan 150-250 senaman crunches. Ini boleh bantu kempiskan perut anda. Tak cantik kan kalau perut itu buncit kalah perempuan mengandung 9 bulan.
Banyakkan berjalan
Di sekitar kawasan surau/masjid atau padang yang akan lakukan ibadat penyembelihan itu bolehlah digunakan sebaiknya. Cuba berjalan speedwalking berbanding daripada diri tercegak sahaja. Ini boleh membantu pembakaran lemak dalam badan.
Kurangkan gula dalam minuman
Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, jangan gunakan alasan minuman di kampung semua manis. Boleh minta Pakcik atau Makcik kurangkan gula dalam kopi-O, bukan susah mana. Kalau makan kuih, cuba makan separuh sahaja.
Gula merupakan penyebab utama kencing manis dan perut buncit.
Dengan itu, selamat mencuba tip berikut dan mengekalkan bentuk badan gempak sepanjang Raya Haji!
0 ulasan:
Catat Ulasan