19 Jun 2013

Posted by jinson on 19.6.13 No comments


KUALA LUMPUR, 18 JUN 2013: Sejak Yasmin Hani mengumumkan tentang kehamilannya di laman sosial Instagram, ramai peminat yang cuba mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa. Namun, ada perkara yang dikongsi pengacara ini secara terbuka dan ada juga yang disimpan untuk buat dirinya saja. Dalam program MeleTOP yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Ria pada jam 10 malam ini, Yasmin Hani bakal muncul sebagai salah seorang tetamu undangannya. Apakah yang bakal dikongsi Yasmin Hani nanti? Adakah dia bakal memperkatakan tentang perasaannya untuk menimang cahaya mata serta menjadi seorang ibu? Tidak berseorangan, Yasmin Hani akan turut ditemani penyanyi Atilia yang telah pun membuka pusat yoganya di ibu kota. Apakah perkembangan tentang pusat yoganya itu? Adakah dia berdepan dengan segelintir pemikiran yang skeptikal mengenai yoga?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog