19 Jun 2013

Posted by jinson on 19.6.13 No comments





Polis Pulau Pinang akan meneliti kamera litar tertutp (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian bagi menjalankan inkues untuk mengesahkan kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di George Town. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah mendapat rakaman CCTV itu. "CCTV itu dipasang berhampiran tempat kejadian dan berdasarkan rakaman awal yang kami lihat, ia merakam kejadian runtuhan itu. Apa yang saya boleh maklumkan kami akan gunakan CCTV itu untuk siasatan inkues itu. "Memang ada kehadiran kereta mangsa di tempat kejadian dan kami akan teliti lebih rapi rakaman yang diperoleh itu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis juga mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang itu sepadan dengan nombor kereta yang dijumpai dalam timbunan runtuhan berkenaan. "Kami juga mendapat satu laporan polis daripada seorang saksi yang memaklumkan dia nampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan," katanya. Abdul Rahim berkata tiga perkara itu akan dijadikan bukti untuk pihaknya menjalankan inkues yang bermula hari ini hingga Khamis bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa. Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah. Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog