19 Jun 2013

Posted by jinson on 19.6.13 No comments
Secara jujur, Abang Nara tak tahu siapakah artis wanita yang menjadi perosak rumah tangga Noniswara. Kesian pulak Abang Nara kepada Noniswara ini. Sampai bercerai berai dibuatnya. Namun begitu, Abang Nara respek Noniswara kerana mengambil inisiatif untuk bertemu rakan artis tersebut.


Kata Noniswara kepada Mstar Online:- Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran. Bagaimanapun dia tidak mengakui perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan. Rasa-rasanya tidak perlu saya sebut siapa wanita berkenaan kerana rasanya semua orang sudah tahu. Tidak perlu saya memburukkan keadaan sekarang

Inilah yang dinamakan kawan makan kawan. Sebab itu kita kena pastikan suami/isteri kita tidak terlalu mesra dengan orang lain. Manusia macam-macam ragam. Lebih-lebih lagi kalau suami/isteri anda kacak dan kaya macam suami Noniswara. Semoga kisah Noniswara ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog