27 Ogos 2013

Posted by jinson on 27.8.13 No comments
Kantoi, Alif Satar Dipeluk Wanita Australia!KL, 27 OGOS 2013: Sebenarnya Murai Batu merupakan follower setia penyanyi lagu Jangan Nakal, Alif Satar di laman sosial Instagram. Bukan apa, selain minat dengan lagu-lagu nyanyian Alif, Murai Batu juga suka nak ambik tahu perkembangan penyanyi muda ni. Tapi Murai Batu perasan, baru-baru ini, Alif sering memuat naik gambarnya dengan seorang wanita Mat Salleh, namanya di Instagram adalah @laurenmitchell43. Memang cun lah minah salleh ni, tinggi lampai macam model. Malah, agak mesra juga Alif yang popular dengan lagu Jangan Nakal itu dengan wanita ini yang Murai Batu perasan gambarnya diambil di Sydney, Australia. Malah ada juga gambar mereka berpelukan ketika berada di sana. Menerusi gambar berpelukan dengan gadis itu, Alif telah menulis caption : Gadis gadis cun ni bawak Alif pusing Sydney @laurenmitchell42 @yasminjadekassim 31hb Ogos ni.. Saksikan '24 jam'... 9 malam di Astro Ria.. Bila Murai Batu baca sahaja caption Alif itu, baru Murai Batu ingat yang Murai Batu memang pernah dengar cerita mengenai sebuah program travel yang dikendalikan oleh Alif berjudul 24 Jam. Rupanya Alif berada di Sydney bersama gadis itu bertujuan untuk rakaman program terbarunya. Wah untunglah Alif kerana dia bukan sahaja ke Sydney malah ke beberapa negara Eropah yang lain untuk rakaman program travelognya itu. Sambil berkerja, Murai Batu tengok Alif sempat merakamkan banyak gambarnya di sana yang kelihatan seperti bercuti sakan! Baguslah begitu, Murai Batu lihat Alif bukan sahaja berjaya kembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi juga dalam bidang pengacaraan seiring sejak dari dulu lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog