Lebih mengejutkan, Almy Nadia sendiri telah mengakui yang dia berasa agak gementar dan gugup untuk menyertai program ini kerana merasakan dirinya belum layak digelar pelawak walaupun telah beberapa kali membintangi drama bergenre komedi sebelum ini.
Lalu timbul spekulasi sama ada Almy Nadia akan terus menyahut cabaran dalam Super Spontan 2 atau menarik diri di saat akhir seperti mana yang berlaku pada Super Spontan musim pertama dulu di mana model dan hos terkenal, Daphne Iking menarik diri di saat akhir.
Mengikut perancangan asal, Daphne Iking telah diperkenalkan sewaktu sidang media pengenalan Super Spontan di mana dia sepatutnya menyertai pasukan Angsa Ganas. Namun sewaktu episod pertama Super Spontan, kelibat Daphne Iking telah digantikan Nana Mahzan dan Daphne kemudiannya memberitahu dia terpaksa menarik diri kerana terlibat dengan komitmen lain.
Jadi mungkinkah senario yang sama akan berulang musim ini dan adakah Almy Nadia telah benar-benar bersedia untuk bersaing dalam Super Spontan 2? Saksikannya dalam episod MeleTOP malam ini di mana Almy akan hadir sebagai tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa ini. Turut hadir ialah komentator program Super Spontan 2, Afdlin Shauki serta Rahim R2 yang juga merupakan bekas finalis dalam Super Spontan musim pertama. Apa pula pandangan mereka tentang Almy yang gementar untuk menyertai program ini?
Jangan lupa untuk menonton siaran langsung MeleTOP yang bakal ke udara malam ini, Selasa, 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).
0 ulasan:
Catat Ulasan