Beberapa minggu lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan beritabahwa vokalis kumpulan Mojo, Aweera, mengakui namanya tertera dalam notis isytihar muflis ekoran menanggung beban hutang lama. "Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya.
Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank. "Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP).
Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.", katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. Pemilik nama Nasharul Aweera NorHissham, 22, ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KRU Studios, di Cyberjaya, petang semalam.
Pada 5 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Aweera diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.
Dalam pada itu Aweera mengakui isu yang sedang dihadapinya ini sikit sebanyak menjejaskan karier seninya. "Karier sikit terjejas lah. Tapi saya tak kisah, apa yang orang nak cakap, biar lah mereka cakap. Ini juga satu pengajaran buat saya", katanya.
Sementara itu mengenai perkembangan terkini Mojo, kumpulan yang popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini baru saja muncul dengan single terbaru, Dark Clouds. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, Vikingdom yang akan ditayangkan di pawagam pada September depan.
"Dah lebih kurang setahun Mojo tak ada single baru. Kami baru saja muncul dengan single Dark Clouds. Lagu ni berentak Rock klasik, ala-ala Muse sikit. Selain tu kami juga akan releasekan single ketiga berjudul Roman Cinta", katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan