Namun cerita yang Murai Batu baru dapat ni bukanlah tentang penyanyi atau pelakon tetapi mengenai seorang personaliti TV terkenal juga namanya.
Melihat pada keperibadiannya yang lemah lembut dan manis berbicara di hadapan televisyen, Murai Batu tak sangka yang dia kini sedang mengalami masalah rumah tangga yang telah dibina beberapa tahun yang lalu.
Cerita ini Murai Batu terima daripada seorang rakan Murai Batu yang ketika itu sedang mempunyai urusuan di sebuah mahkamah syariah. Katanya, dia ternampak personaliti TV ini keluar dari mahkamah tersebut dan dengan segera pulang tanpa bertegur atau berjumpa sesiapa di luar mahkamah itu yang mana kelibatnya seperti bimbang disedari orang.
Bila disiasat, rupa-rupanya rakan Murai Batu dapat tahu, personaliti TV itu baru sahaja selesai perbicaraan untuk menuntut cerai kepada suaminya. Pun begitu, Murai Batu dengar, suaminya sendiri menolak tuntutan itu.
Maknanya, suami dia tak mahu menceraikannya. Apapun, sebab apa dia mahu bercerai tidak pula rakan Murai Batu tahu. Yang menjadi kes, hubungan mereka suami isteri sebelum ini dikhabarkan sudah berantakan dan dengarnya mereka tidak lagi tinggal sebumbung.
Alahai, macam-macam lah masalah dan dugaan manusia kan. Murai Batu pun tidak mahu serkap jarang. Ini kerana, kita semua tidak tahu masalah dalaman yang mereka alami.
Cuma Murai Batu harap mereka dapat selesaikan hubungan mereka dengan baik. Fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan. Masalah memantangkan manusia.
0 ulasan:
Catat Ulasan