27 Ogos 2013

Posted by jinson on 27.8.13 No comments
.
Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober depan. Bercakap kepada mStar online, Syamsul berkata dia sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Tetapi setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya hari bahagianya itu. Enggan mendedahkan identiti gadis pilihannya, dalam pada itu Syamsul memberitahu ibu bapanya iaitu pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail juga masih belum bertemu dengan calon isterinya itu. Bagaimanapun keluarganya tidak menghalang dengan siapa dia ingin bercinta malah sentiasa bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya. "Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya. Beberapa bulan lali timbul desas-desus mengatakan pemuda berusia 29 tahun ini kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah. Namun sehingga hari ini tiada pengesahkan mengenai gosip tersebut daripada kedua-dua mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog