29 Jun 2013

Posted by jinson on 29.6.13 No comments
Amy Search Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara?


Terkejut juga Murai Batu bila ada rakan Murai Batu bertanyakan mengenai kesahihan penyanyi lagenda, Amy Search yang dikatakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.
 Yelah, bila Murai Batu dengar jer dia dimasukkan ke IJN tu maknanya seriuslah penyakitnya bukan? Sakit jantung ni bukan boleh dibuat main-main.
Tapi rupa-rupanya, bila Murai Batu siasat punya siasat Amy Search ke sana bukanlah sebab kerana diserang penyakit jantung. Sebaliknya, dia ke sana atas urusan untuk membuat check-up jantungnya.
 Lega sedikit bila dapat tahu begitu. Malah, Amy Search sendiri turut berkongsi gambar kertas X-Ray yang menunjukkan jantungnya sedang berada dalam keadaan baik dan sihat menerusi laman sosial media, Instagram. Selain bergambar dengan nurse yang cantik-cantik di IJN itu,
Amy turut berkongsi sekeping gambar dia bersama dengan seorang doktor yang dipercayai bertanggungjawab membuat pemeriksaan ke atas dirinya. Di dalam gambar itu, Amy memberitahu, dia kini bebas daripada penyakit jantung dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
 Berikut merupakan entri yang telah ditulis di dalam gambar Amy bersama doctor berkenaan: "This my Dr Shaiful Azmi Yahya at IJN. Dia cakap no medicine & u r free to jump around,".
 Baguslah kalau begitu, kami dari Murai memang mendoakan kesihatan yang baik buat Amy supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini tanpa dihinggap sebarang penyakit yang kronik.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog