27 Jun 2013

Posted by jinson on 27.6.13 No comments


KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013: Seperti semua sedia maklum, kisah mengenai aktor, Shahz Jaszle ditangkap khalwat telah menjadi semakin rumit lagi sepanjang minggu lalu (17 hingga 22 Jun) apabila pasangannya yang ditangkap khalwat iaitu Farah tiba-tiba muncul serta membongkar satu persatu rahsia hubungan cinta terlarang mereka.
 Malah, kisah mengenai Shahz Jaszle pada minggu lalu mendapat perhatian ramai pelayar murai.com.my yang membaca sehingga menerima jumlah pembaca tertinggi sekaligus berada di dalam Carta KesSahNya. Namun, kisah mengenai Shahz Jaszle itu bersaing hebat dengan dua artikel lain, yang turut berada di dalam Carta KesSahNya iaitu artikel Murai Batu mengenai Fasha Sandha yang dikatakan telah dimadukan suami Selain itu, kisah mengenai pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah turut melengkapkan top 3 Carta KesSahNya minggu ini apabila pengarah, Bade Hj Azmi akui merestui hubungan cinta anaknya. Albbab dengan adik kepada pengacara Sharifah Shahirah itu.
 Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini. Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai pelakon Shahz Jaszle sekali lagi apabila dia disahkan putus tunang dengan Redzwani mendapat perhatian ramai pembaca yang memberikan komen. Malah, salah satu daripada komen yang diberikan berjaya dibaca di dalam segmen Seleb Vs GengMurai. Jadi, tunggu apa lagi, saksikan espisod terkin KesSahNnya ini di bawah ini.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog