27 Jun 2013

Posted by jinson on 27.6.13 No comments
Rahim Awang Masih Mahu Beri Peluang Pada Ezany

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Masih mahu memberi peluang kepada pelakon, Ezany Nizarif untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, pengarah Abdul Rahim Awang telah melanjutkan tempoh tersebut seminggu lagi iaitu sehingga Selasa depan bermula Selasa lalu.
 Malah, Rahim Awang telah membuat laporan polis Balai Polis Melawati petang Isnin lalu adalah selepas tempoh 3 hari diberikan kepada Ezany sebelum ini iaitu 20hb hingga 22hb tidak diendahkan. "Saya tidak mahu terbur-buru membuat laporan p0lis kerana sebagai manusia dan orang Islam saya mahu beri dia peluang untuk meminta maaf sebelum tindakan selanjutnya diambil.
 "Namun, tiga hari tempoh yang saya berikan tidak diendahnya dan saya membuat keputusan untuk membuat laporan polis. "Dan, selepas laporan polis dibuat, saya akan berikan dia tempoh seminggu lagi untuk dia memohon maaf secara terbuka kepada media sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya dengan membawa kes ini ke mahkamah," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
 Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim
. Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaitu Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Farrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.
 Tidak berniat mahu memanjangkan perkara tersebut, Rahim berharap perkara itu boleh diselesaikan hanya di luar mahkamah supaya kredibilit Ezany sebagai pelakon tidak terjejas. "Saya tidak mahu ianya berlanjutan lagi, lebih-lebih lagi apabila dianya sudah menjadi kes mahkamah kerana saya tidak mahu memburuk-burukan orang.
 Malah, saya tidak mahu disebabkan kes ini rezeki berlakon mereka disekat kerana jika ianya menajdi kes mahkmah kemunginan besar mereka boleh di banned," jelasnya lagi.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog