27 Jun 2013
Posted by jinson on 27.6.13
No comments
MILAN, 26 JUN 2013: Pereka duo tersohor dunia, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana dari label Dolce & Gabbana telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun lapan bulan oleh mahkamah di Itali kerana telah didapati mengelak daripada membayar cukai yang berjumlah hampir 200 juta euro. Mereka juga telah diarahkan oleh mahkamah di Milan untuk membayar denda sebanyak 500,000 euro kepada agensi pencukaian negara tersebut. Peguam untuk kedua-dua pereka ini yang juga merupakan peguam yang sama digunakan oleh Beyonce dan Madonna telah tampil dengan kenyataan bahawa pereka hebat asalan Itali ini akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman ini. Kedua mereka telah dituduh memindahkan serta menyeludup barangan mewah mereka itu ke Luxembourg secara haram untuk mengelakkan daripada membayar cukai pada tahun bermula 2004 hingga 2005. Mereka telah dikatakan membuka sebuah lagi label yang turut didakwa mengambil sempena nama dua orang teman rapat ini iaitu GADO di Luxembourg. Pertuduhan juga ada menyebut bahawa syarikat ini dibangunkan diluar Itali untuk mengelakkan cukai oleh negara itu. Terdahulu mereka berdua telah didapati bersalah pada bulan Mei lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan. Namun pada ucapan penggulungan, pendakwaraya Laura Pedio dengan yakin berkata bahawa kedua pereka itu telah melakukan kesalahan yang berat melibatkan cukai atau "sophisticated tax fraud" dan terdapat bukti yang kukuh disebalik konspirasi ini. Dalam pada itu, pendakwaraya tersebut juga mendakwa kes ini antara yang paling berbahaya kerana fungsi GADO seperti mencuri dan mengaut keuntungan tanpa membayar cukai kepada kerajaan negara itu. Walaupun pada awalnya pasangan pereka ini dilaporkan telah lari dari membayar cukai hampir satu billion euro namun mahkamah mengeluarkan jumlah yang lebih relevan iaitu sebanyak 200,000 euro. Empat individu lain turut terlibat dalam penipuan cukai ini termasuklah abang kepada Dolce iaitu Alfonso yang dimasukkan ke dalam penjara. Kes yang mula dibicarakan sejak November lalu dan pada Mac lepas mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak 343,000 euro dan kes ini telah dirayu oleh pereka fesyen tersohor berkenaan. Label mewah yang ditubuhkan pada 1985 ini mempunyai hampir 3000 pekerja dan 250 butik di 40 buah negara seluruh dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Jun
(242)
-
▼
Jun 27
(23)
- KesSahNya: Cinta Terlarang Shahz Jaszle Masuk Carta
- Pelakon Benjy Kena Tangkap Lagi Pasal Syabu
- Ada Apa Siti Nordiana, Nubhan Di Pulau Perhentian?
- Shila Pernah Couple Dengan Awi Rafael Sebelum Shar...
- Tahniah! Pada Usia Baru19 Tahun, Elfira S...
- TAHNIAH! PADA USIA BARU19 TAHUN, ELFIRA SUDAH MAMP...
- Jimmy Shanley Tayang Isteri Baru ??
- Kisah Benar Kanak-Kanak Luar Biasa Yang Menggempar...
- RAHSIA KEAJAIPAN AIRMATA MANUSIA???
- OPEN MINDA !PETUA ELAK SUAMI ISTERI BERGADUH?
- JANGAN CABUT UBAN KERAN IA ADALAH CAHAYA PADA HARI...
- VIDEO!! TERAPI UNTUK CEPAT SEMBUH ATAU MATI???
- Misha Omar Di Fitnah Pernah Berkahwin
- Video Leuniey Dan Apex Nyanyi Lagu Hindustan HD
- SENGAL!!! JEPUN GALAK KANAK-KANAK MAKAN DALAM LUBA...
- Cemas! Adakah Budak Ini Akan Selamat Dari Arus Der...
- 4 Fans Berjaya Temui Judika Secara Eksklusif Di Mu...
- Rahim Awang Masih Mahu Beri Peluang Pada Ezany
- Dolce & Gabbana Dipenjarakan Kerana Penipuan Cukai?
- Shuib Redha, Ibu Siti Sarah Pergi Dengan Tenang
- Syura Tak Endah Kritikan, Mahu Bawa Ibu Ke Umrah!
- Celina Khor Fobia Dengan Masterchef Selebriti 2
- Misha Omar Sahkan Bakal Menikah Februari 2014
-
▼
Jun 27
(23)
-
▼
Jun
(242)
0 ulasan:
Catat Ulasan