27 Jun 2013

Posted by jinson on 27.6.13 No comments
Syura Tak Endah Kritikan, Mahu Bawa Ibu Ke Umrah!

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Penyanyi Syura akui tertekan apabila kredibilitinya untuk menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) telah dipertikaikan peminat dan penonton program itu yang baru sahaja berakhir malam semalam. Walaubagaimanapun, Syura atau nama sebenarnya , Zuraidah Badron, 29, berkata biarpun terasa hati dengan kata-kata daripada penonton yang memberikan komen negatif kepadanya di laman Facebook rasmi MSM 2, namun dia cuba untuk tidak mengendahkannya. "Terus-terang saya sangat sedih sehingga pernah menangis apabila membaca komen-komen negatif mengenai saya di Facebook. Ada diantara mereka yang tidak percaya yang saya boleh menang dan merasakan saya tidak layak untuk bergelar juara. "Tapi, suami saya sentiasa di sisi memberi semangat yang kuat dan menyuruh saya untuk cuba tidak mengendahkan semua komen-komen berbaur negatif itu. "Saya tahu, mereka beranggapan begitu terhadap saya mungkin kerana saya terlau jujur menunjukan kelemahan diri saya yang agak mengelabah di dalam TV. "Malah, saya akui saya juga tidak cukup ilmu dalam bidang masakan, tetapi sekaurang-kurangnya saya sudah memberikan yang terbaik dan terbukti kemenagan milik saya," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media mengumumkan Syura sebagai Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2. Dengan tema Sajian Sehangat Bintang, Syura telah memenangi cabaran terakhir program MSM 2 kali ini dengan menewaskan Celina dalam menyediakan sajian "First Class" yang akan dihidangkan dalam pesawat Air Bus A380 milik syarikat penerbangan MAS. Dengan kemenangan itu, Syura berjaya memenangi hadiah berupa dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Perniagaan dan hidangan milik Syura akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama! Selain itu, Syura turut berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association. Bercakap mengenai perancangannya selepas bergelar juara program realiti itu, Syura memberitahu dia bakal memasuki kolej dan mempelajari bidang kulinari secara serius selain memenuhi hasrat untuk membawa ibunya, Samsiah Muhamad, 52, mengerjakan Umrah. "Selepas ini, saya akan mempelajari bidang kulinari secara serius di sebuah kolej yang saya sendiri belum pasti lagi bagi menambahkan lagi imu masakan yang saya ada. "Kemudian, saya akan membawa ibu saya mengerjakan Umrah kerana itulah nazar saya jika menjuarai program ini. Jangkaan saya, kami akan mengerjakan Umrah selepas raya iaitu selepas ibu saya sihat daripada penyakit ketumbuhan di paru-parunya,"jelasnya lagi. Syura yang berpindah ke Kuala Lumpur bersama suami dan keluarga turut akan mengutamakan minatnya untuk bergelar penyanyi dengan membuat comeback tidak lama lagi. "Saya rasa amat berbaloi dengan pengorbanan saya meninggalkan perniagaan perkahwinan, dan suami yang bersusah payah menukar tempat dia mengajar sebgai guru di sini kerana saya. "Dengan kejayaan ini, saya akan gunakan sebagai batu loncatan untuk orang tahu yang saya masih wujud dalam industri dan bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi," luahnya lagi. Syura dan suaminya, Mohd. Fadhly Mohd. Yassin, 32, kini telah pun dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea, 4 dan Muhammad Irfan Aryan, setahun enam bulan.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog