KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Naib Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MSM 2), Celina Khor akui fobia untuk menyertai program realiti seperti MSM 2 lagi, biarpun ianya sudah pun berakhir pada malam tadi.
Celina Khor berkata dia fobia dengan drama dan lime light (tumpuan) yang diberikan kepadanya selama dia berada di dalam MSM 2 dan berkata serik untuk kembali ke program seperti itu. "Saya sebenarnya tidak biasa bila tiba-tiba lime light diberikan kepada saya ketika menyertai porgam ini. Lebih-lebih lagi apabila saya dengan tidak sengaja terjebak dengan drama-drama yang berlaku di dalam program ini.
"Yelah, sebelum ini, saya kurang diberi perhatian begini walaupun agak dikenali ramai, jadi saya jadi shock sekejap dengan apa yang berlaku, namun lama kelamaan saya dapat membiasakan diri sehingga berjaya berada di peringkat akhir," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media mengumumkan juara MSM 2, malam tadi. Celina Khor yang tewas kepada Syura berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,500 kepada Furry Friends Farm yang merupakan Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.
Mengulas lanjut mengenai Syura yang berjaya menewaskannya di dalam final MSM 2, Celina sendiri tidak menyangka dia akan bertarung dengan Syura. "Sebenarnya masa kami sama-sama dalam top 10, saya tidak pernah terfikir Syura akan bersama saya jika saya berada di peringkat akhir kerana dia antara peserta yang on the dot. "Susah nak menjangkakan Syura akan pergi sejauh ini kerana apa yang dalam fikiran saya adalah mungkin Syanie atau Che Ta yang akan ke final.
"Namun saya sedar akan kebolehannya ketika kami sama-sama berada di dalam top 5 kerana dia menunjukan kehebatan sedikit demi sedikit dalam masakannya dan saya rasa dia memang patut menang," jelasnya lagi. Bercakap mengenai perancangannya dalam bidang masakan selepas ini, Celina memberitahu dia akan meneruskan minatnya itu secara serius dengan mengambil bidang kulinari di kolej masakan terkenal, Le Cordon Bleu di Sunway.
"Saya akan belajar lebih mendalam dalam bdiang ini kerana saya amat memintainya. Saya jangka selepas siap rakaman program 3R, saya akan menyambung pelajar dalam bdiang kulinari di Le Cordon Bleu pada penghujung tahun ini," tambahnya lagi.
Categories: Berita
0 ulasan:
Catat Ulasan