12 Jun 2013

Posted by jinson on 12.6.13 1 comment


Sebelum ini, pihak media pernah mendapatkan kesahihan berita mengenai isu dirinya hamil. Namun ketika itu, dia merahsiakan tentang kehamilannya itu. Namun pada 28 Mei lalu, menerusi lama Instagram miliknya, dia sendiri berkongsi berita gembira tersebut dengan mengumumkannya yang dirinya sedang hamil 16 minggu. Menurut pengacara dan pelakon Yasmin Hani Richardson, 34, atau mesra dengan panggilan Hani, sebelum ini, ada sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan tentang kehamilannya. “Sebelum kandungan saya ini mencecah usia empat bulan, saya bimbang ia tidak kuat dan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Namun setelah usia kandungan mencecah empat bulan, baru saya berasa yakin untuk mengumumkannya ke pada pihak luar tentang kehamilan saya ini.“Semua itu bukan semata-mata atas kehendak saya, malah ekoran nasihat daripada suami dan ibu saya sendiri. Saya berharap mereka di luar sana faham kenapa saya merahsiakan berita gembira ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo hari ini. Dijadualkan melahirkan anak sulungnya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 November depan, kata Hani, ikut perancangan dia mahu berpantang di rumah sendiri mengikut tradiis Melayu. Mengenai jantina anak, Hani tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Janji bayinya itu sihat dan dia juga suaminya, bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetap akan menyayangi anak mereka. Kata Hani, mengandung bukan menjadi penghalang untuk saya bergiat aktif bersama rakan-rakan. Bahkan dia tetap aktif dengan dengan projek seni terbaharunya, Celebrity Reel! Hani dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Majlis akad nikah dan persandingan mereka berlangsung di Duchess Place Jalan Ampang.
Categories:

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog