MUMBAI, 11 JUN 2013: Aktor Bollywood, Suraj Pancholi telah ditahan pihak polis berikutan kes bunuh diri yang melibatkan kekasihnya Jiah Khan yang juga seorang aktres Bollywood. Suraj yang merupakan anak kepada pelakon filem Yess Boss, Aditya Pancholi bersama Zarina Wahab dilaporkan sebagai orang terakhir yang berhubungan dengan aktres tersebut sebelum dia mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri sendiri di kediamannya di Juhu. Penahanan Suraj Pancholi dibuat berdasarkan kepada penemuan 6 helai surat hasil tulisan tangan Jiah Khan sendiri yang telah diserahkan oleh ibunya Rabiya Khan kepada pihak polis. Dalam surat itu, Jiah Khan telah meluahkan kekecewaannya terhadap sikap Suraj yang gemar berpoya-poya serta langsung tidak memperdulikan hati dan perasaannya sebagai seorang teman wanita. Malah, Jiah juga memberitahu bahawa dia telah banyak berkorban untuk Suraj, namun lelaki itu masih tetap mempermainkan hatinya dan dia berasakan seperti dirinya tidak berguna. Jiah juga turut membuat pengakuan bahawa dia telah mengugurkan kandungan Suraj, malah dia juga telah diseksa serta didera oleh Suraj secara fizikal dan mental. Atas alasan itu, dia tidak berasakan bahawa tidak ada gunanya untuk dia meneruskan lagi hidupnya....
Categories: PANAS
0 ulasan:
Catat Ulasan