23 Julai 2013

Posted by jinson on 23.7.13 No comments


Seorang kakitangan awam maut setelah kenderaan yang dipandunya jatuh ke dalam gaung di sebuah lokasi berhampiran Bukit Padang, Kota Kinabalu kelmarin.
 Mangsa, Thien Siong Sunhan, 28, dipercayai terbunuh dalam insiden berkenaan dan mayat pemuda kelahiran Penampang itu ditemui kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
 Menurut sumber, mangsa telah keluar dari rumahnya berhampiran lokasi kejadian sejak malam sebelumnya dan dikhabarkan ‘hilang tanpa berita’ sejak itu. Thien cuba dihubungi namun tiada sebarang jawapan. Menurut beberapa saksi, mereka ada mendengar bunyi dentuman seakan sebuah kenderaan terjatuh ke dalam gaung sejak malam semalam.
 Difahamkan juga mangsa telah ditemui bersama kereta Kancilnya pada waktu itu oleh pemandu tren pengangkat kenderaan yang seterusnya menghubungi pihak polis.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog