Bagaimanapu, n sekuat itu jugalah pihak media mengatakan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa bersandarkan beberapa insiden dan keakraban mereka berdua. Namun tidak lama dulu, teman Murai Batu ada memberitahu Murai Batu bahawa dia pernah berborak ringkas dengan bapa kepada selebriti lelaki berkenaan dalam satu majlis.
Jadi kesempatan itu telah digunakan teman Murai Batu itu untuk meminta padangan serta pendapat bapa selebriti berkenaan tentang hubungan yang terjalin antara antara anak terunanya itu dengan artis wanita yang dimaksudkan. Sudah tentu sebagai seorang bapa, dia mahukan yang terbaik untuk anaknya terutama dalam soal memilih jodoh sebagai pasangan hidup.
Namun Murai Batu difahamkan, bapa artis berkenaan agak keberatan untuk menerima selebriti wanita itu kerana faktor berlainan agama. Sebagai bapa yang sering melihat jatuh bangun anaknya itu, dia mahu artis berkenaan menjalinkan hubungan atau menamatkan zaman bujangnya dengan wanita seagama kerana disifatkannya lebih mudah.
Bagaimanapun, itu tidak bermakna bapanya tidak merestui hubungan yang sudah terjalin antara kedua-dua pasangan muda itu. Kerana secara teknikalnya, bapa artis lelaki berkenaan hanya mengenali artis wanita itu secara kasar tetapi tidak secara dekat.
Jadi sukar untuknya meramalkan masa yang bakal terjalin antara mereka berdua. Apatah lagi menurut bapa artis berkenaan, masih terlalu awal untuk anaknya memirkan soal berumah tangga memandangkan usia anak lelakinya itu masih di awal 20-an.
Kata bapa berkenaan, adalah lebih baik jika anaknya itu memikirkan soal kerjaya seni dan tidak mengambil pusing tentang hal rumah tangga yang semestinya banyak hiruk pikuk serta penuh susah payah.
Begitulah yang pernah diluahkan oleh bapa selebriti lelaki berkenaan tidak lama dulu. Murai Batu harap kini pandangan bapa selebriti lelaki berkenaan berubah.
Categories: PANAS
0 ulasan:
Catat Ulasan