22 Ogos 2013

Posted by jinson on 22.8.13 No comments
Nahas-Genting-Highlands-PM-ucap-takziah/
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands hari ini.
 Perdana menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi terlibat.
 Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.
 Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog