Huma Qureshi (Aktor/Penyanyi)
Bagi saya, saat berpuasa dan menyambut hari raya Aidilfitri adalah saat yang paling cukup dinantikan pada setiap tahun. Ibu saya akan menyediakan keema kambing dan kurma sheer. Kedua-dua juadah ini adalah juadah kegemaran saya. Aidfitri tidak akan lengkap tanpa kedua-dua juadah ini. Sewaktu kanak-kanak, saya selalu dapat duit raya daripada ibu bapa dan saudara-mara. Setiap tahun, sepupu-sepupu saya akan bergaduh atau menangis kalau salah seorang daripada mereka mendapat duit raya yang lebih.
Farah Khan (Produser filem/Kareografer)
Saya masih ingat waktu saya menyambut Aidilfitri pada zaman kanak-kanak. Nenek saya akan menyediakan beriani dan keesokannya harinya, semuanya akan datang ke rumah dan memberikan kami duit raya. Beriani itu bagaimanapun hanya akan disediakan pada jam 3 petang. Saya boleh lakukan apa saja untuk merasai beriani itu semula. Rasanya terlalu sedap kerana ia memiliki kasih sayang daripada nenek saya.
Irrfan Khan (Aktor)
Aidilfitri adalah satu perayaan yang diraikan setelah seseorang itu diuji jiwa dan tubuh badannya sepanjang bulan ramadan. Bagi saya, itulah pengertian sebenar Aidilfitri. Sewaktu zaman kanak-kanak, Aidilfitri adalah saat di mana kami kampu mendapat duit poket yang banyak serta memiliki pakaian yang baru daripada orang dewasa.
Soha Ali Khan (Aktres)
Zaman kanak-kanak saya, saya akan memakai pakaian yang cantik pada waktu pagi dan akan berasa teruja setiap kali ibu membawa saya menziarahi keluarga rakan-rakannya kerana pada masalah itulah saya akan diberikan sampu duit raya yang pnuh warna-warni. Di dalamnya tertera kepingan duit raya yang pelbagai nilai. Duit itu akan kami gunakan untuk membeli makanan seperti kebab dan juadah kambing. Sekarang ini, giliran saya pula memberikan duit raya dan saya juga turut beramal serta sedekah dengan memberikan duit kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Imran Khan (Aktor)
Selalunya keluarga saya tidak akan melakukan apa-apa yang terlalu meriah untuk menyambut Aidilfitri. Sebaliknya, waktu inilah yang digunakan sebaiknya untuk berkumpul bersama ahli-ahli keluarga dan juga melalukan potluck makan malam. Saya tidak lagu mendapat duit raya sepertimana waktu zaman kanak-kanak dan ada kalanya saat itu yang membuat saya rindu untuk menyambut Aidilfitri kerana saya akan diberikan banyak duit raya.
0 ulasan:
Catat Ulasan