22 Ogos 2013

Posted by jinson on 22.8.13 No comments
ERA fm Anjur Fiesta Muzik & Bola ERAVANGANZA 31 Ogos Ini! Pada saat negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos 2013 nanti, ERA fm pula akan meraikan hari ulang tahun ke-15 mereka dengan menganjurkan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA di Stadium Hang Jebat, bermula jam 3 petang. Pasti, ia merupakan acara yang dinanti-nantikan, apatah lagi bila ia melibatkan ramai selebriti, artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair yang bakal beraksi di gelangang ERAVANGANZa dalam satu perlawanan bersejarah melibatkan pasukan ERA FC dan Arena All Stars FC di pada tarikh yang penuh keramat itu. Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai - penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti! Pada hari tersebut juga, ERA fm turut membawakan muzik - muzik terbaik secara langsung dan percuma buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat. Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm! Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran sewaktu melancarkan di Fiesta Muzik & Bola Eravanganza sempena Majlis Berbuka Puasa Era di Hostel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu berkata, pihaknya percaya acara Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA akan mencetuskan sejarahnya yang tersendiri buat pendengar Era, peminat muzik mahupun peminat bola sepak tanah air secara khususnya. "Apa yang pasti, ia akan memberikan pengalaman cukup manis buat semua yang hadir dan datang menonton nanti. Lebih-lebih lagi apabila ERA FC yang dibarisi beberapa penyampai radio Era, rakan selebriti, pendengar Era dan beberapa pemain Harimau Muda akan menentang pemain-pemain bola sepak lagenda tanah air yang memang sudah diketahui akan kehebatan mereka. Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm! "Kito monang yooo..kito monang yoooo" , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal dianjurkan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 i, bermula jam 3 petang. Jangan lupa datang ya!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog