22 Ogos 2013

Posted by jinson on 22.8.13 No comments
.
Bintang popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) bakal menggegarkan pentas Stadium Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya Temptations Reloaded.
 Temptations Reloaded akan menjadi sebuah konsert yang berprestij kerana ia bukan sahaja menampilkan persembahan bintang filem itu, tetapi turut memperkenalkan teknologi terkini daripada segi teknikalnya. "Penonton bukan sahaja melihat persembahan Shah Rukh Khan tetapi juga kepuasan melihat penggunaan lampu berteknologi' diod pemancar cahaya' (LED).
 Selain itu pentas juga diiringi dengan persembahan grafik mengikut lagu-lagu yang dibawakan. Selain itu, beberapa selebriti Bollywood turut hadir sebagai tetamu undangan termasuklah aktres jelita Madhuri Dixit. Konsert yang bakal berlangsung selama tiga jam ini merupakan anjuran Hitman Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama 2 Spicy Entertainment Sdn Bhd. Tiket konsert berharga RM99 hingga RM1999 boleh dibeli menerusi laman web www.vip.my atau boleh didapati di mana-mana kaunter kedai Rock Corner .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog