21 Jun 2013

Posted by jinson on 21.6.13 No comments


Siapa tak kenal Miley Cyrus? Anak kepada penyanyi Billy Ray Cyrus ini mula dikenali sewaktu membintangi drama bersiri Hannah Montana sejak dari kanak-kanak lagi. Namun nampaknya penyanyi dan pelakon ini semakin lama semakin jauh dari gelaran ikon yang boleh dijadikan contoh untuk para remaja. Imejnya yang comel dan berpesonaliti baik itu lama kelamaan terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak dia meningkat dewasa. Terbaru, Miley dikritik oleh peminatnya kerana membawa imej yang tidak senonoh di dalam muzik video terbaru berjudul ‘We Can’t Stop’

.

Secara umumnya, “We Can’t Stop’ menceritakan tentang Miley yang sedang berparti dengan rakan-rakan perempuanya dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Lebih kurang seperti kehidupan tipikal mereka

.                                            Siap ada adegan potong jari lagi

 Malah lagu yang dihasilkan oleh Mike WiLL Made-It itu juga tidak mendapat sambutan yang baik dari pendengar. Kemungkinan besar kerana liriknya yang tak berapa menarik. Syukurlah muzik tempatan kita masih menghasilkan lagu dan lirik yang cukup puitis dan bermakna.



Walaupun begitu, MV yang baru dimuat naik ke laman YouTube semalam telah mencecah lebih dari 1 juta tontonan. Boleh tahan juga kan? Kalau nak tahu perkara tak senonoh apa yang Miley Cyrus buat, jom tengok MV ‘We Can’t Stop’ di bawah. Apa pula komen anda?
  http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=LrUvu1mlWco
Categories: ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog