28 Julai 2013
Posted by jinson on 28.7.13
No comments
Selepas hubungannya bersama seorang wanita tidak menjadi satu ketika dulu, akhirnya pelakon dan pelawak, Roslan Shah, 43, akui sudah pun menemui seseorang yang mampu menjadi suri hatinya, malah bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita kelahiran Kelantan pada akhir tahun ini.
Hampir setahun bercinta, Roslan Shah berkata dia bersyukur kerana bakal isterinya itu sanggup menerima fizikalnya yang berperwatakan seperti lelaki lembut.
"Insya Allah, saya jangka tahun ini juga mahu kahwin dan perkahwinan itu akan dilakukan dalam keadaan yang sederhana di kampong bakal isteri saya. Alhamdulilah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia seorang yang memahami dan menerima diri saya seadanya. Malah dia juga tahu saya seorang lelaki yang lembut," katanya kepada murai.com.my yang ditemui ketika selesai rakaman program bual bicara, Diva De Vida di Sri Damansara, semalam.
Bagaimana pun, sehingga kini Roslan mahu identiti bakal isteriya dirahsiakan sehinggalah mereka diijabkabulkan nanti.
Dalam menyimpan niat dan impian untuk berkahwin serta berkeluarga, Roslan memberitahu, ada di antara rakan-rakannya yang memandang rendah dan menghina dengan hajatnya untuk berumahtangga
"Sebenarnya ramai yang menyokong saya niat saya untuk berkahwin, malah tak kurang juga yang menghina dan tidak percaya yang saya mahu berkahwin. Saya bukan apa, saya hanya mahu doa daripada semua termasuk kawan-kawan untuk mendoakan kebahagiaan saya, bukan memperlekehkan hajat saya untuk berkahwin. Tetapi saya tak kisah yang penting Tuhan tahu niat sebenar saya," jelasnya lagi.
Sementara itu, Roslan memberitahu dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya petunjuk dan mempermudahkan hubungannya dengan wanita berkenaan sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Sebenarnya gerak hati hendak berkahwin ini bermula pada hari jadi saya yang jatuh pada 17 November tahun lalu. Ketika itu hati saya sangat tenang dan saya berubah untuk melakukan penghijrahan dan ketika itu juga saya membotakkan kepala.
"Selepas daripada itu, saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati saya untuk mencari pasangan dan berkahwin," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Roslan Shah yang bakal menamatkan rakaman program bual bicaranyayang pertama iaitu Diva De Vida itu akan muncul dalam program 13 episod itu di siraran Astro Prima bermula 26 Ogos depan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
0 ulasan:
Catat Ulasan