Perkenalan singkat di antara mereka di sebuah pasar raya telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara ibu tunggal berusia 36 tahun dengan jejaka kelahiran Kelantan itu. Di bawah ini penulis kongsikan video terbaru pasangan ini yang dikongsikan Abby melalui laman sosialnya. Nampak mesra dan romantis kan kedua-duanya. Semoga bahtera yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Berikutan dengan video yang ditayangkan difacebook Ada Yang Kata Nak Termuntah - Erk erk…nampaknya tindakan Abby Abadi mengeluarkan klip video main cium-cium bahu oleh suami mudanya tidaklah mendapat respon yang terlalu positif daripada khalayak umum kerana bukan semua benda kita hendak tayangkan kepada khalayak ramai.
Ramai mengutuk perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dipertontonkan kepada khalayak umum. Umum merasa itu adalah hal antara suami isteri, jadi ia harus kekal dalam bilik. Tak sangka lak klip bermanja-manjaan itu dikutuk banyak pihak. Mungkin Abby tak bermaksud apa-apa apabila menjadikan klip berkenaan tontonan umum. Ada jugalah yang cuba pertahankan tingkah laku dalam klip itu, namun secara umum ramai yang tidak boleh terima. Nampaknya lepas ni Abby kena lebih berhati-hati…
0 ulasan:
Catat Ulasan