27 Julai 2013

Posted by jinson on 27.7.13 No comments

Pengarah strategik MIC, S Vell Paari merancang untuk mendedahkan nombor telefon mereka yang mengancam pemberi maklumat isu bilik persalinan dijadikan kantin di SK Seri Pristana di Sungai Buloh. Katanya, beliau sedang memikirkan untuk menyiarkan nombor telefon tersebut dalam akhbar Tamil Nesan. Menurut Vell Paari, beliau telah bercakap dengan pemberi maklumat itu, Guneswari Kelly - ibu kepada salah seorang pelajar di SK Seri Pristana.
 Katanya, beliau telah meminta Guneswari menyerahkan kepadanya nombor telefon mereka yang mengancamnya. "Saya juga memberitahu beliau bahawa jika anaknya terus diganggu oleh guru-guru, saya sendiri akan pergi ke sekolah dan berjumpa dengan mereka," katanya. Foto dipaparkan di FB Vell Paari melahirkan rasa kesalnya bahawa kejadian diskriminasi seperti itu berlaku di sekolah.
 "Ia menyedihkan... guru-guru sepatutnya menjaga murid-murid. Kementerian Pelajaran dan polis perlu menyiasat aduan Guneswari," katanya. Semalam, Guneswari yang memuat-naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan, mengadu menerima panggilan mengancam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog