Ohio - Seorang banduan di Amerika Syarikat yang gagal dihukum mati kerana terlalu gemuk, akhirnya meninggal di dalam penjara.
Banduan dengan berat badan 220 kilogram dijatuhkan hukuman mati atas kes pembunuhan. Ronald Post yang selama 28 tahun terakhir menunggu hukuman mati terhadapnya, seharusnya disuntik mati pada Januari lalu.
Namun kemudian hukuman mati tersebut ditunda kerana peguamnya mengajukan keberatan ke mahkamah, bahawa kliennya terlalu gemuk untuk disuntik mati. Demikian seperti dilansir AFP, Sabtu (27/7/2013). Dalam pengajuan keberatannya Desember 2012 lalu, peguam berargumen bahawa suntik mati akan 'menyiksa' kliennya kerana ukuran badannya yang lebih besar dibanding kebanyakan orang.
Menurut peguamnya, suntik mati yang diberikan kepada kliennya baru akan bekerja setelah 16 jam kemudian.
Pihak berkuasa setempat lantas menurunkan hukuman yang dijatuhkan kepada Post menjadi hukuman penjara seumur hidup, tanpa adanya kesempatan untuk bebas bersyarat.
Gubernur Ohio, Joh Kascih mengumumkan pada ketika itu bahawa eksekusi mati terhadap Post dibatalkan. Sejak saat itu, Post pun menjalani masa tahanan di penjara seperti banduan lainnya.
Namun sayangnya, keadaan kesihatan Post terus memburuk dalam beberapa minggu terakhir. Juru cakap otoriti penjara Ohio membenarkan khabar kematian Post ini.
Menurutnya, Post meninggal dunia pada Khamis (25/7) waktu setempat di rumah sakit penjara di Columbus, tempatnya ditahan selama ini.
"Kematiannya sudah diperkirakan," ujar si juru cakap yang enggan disebut namanya. Post dijatuhi hukuman mati kerana membunuh seorang pegawai hotel pada tahun 1983 lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan