
“Tak teruk sangat (not bad),” kata Alvin bersahaja semasa ditanya wartawan berhubung pengalamannya bermalam selama lapan hari di Penjara Sungai Buloh, sejak dituduh kali pertama pada 18 Julai lalu. Vivian yang ditahan di Penjara Kajang pula hanya mendiamkan diri, sesekali menundukkan kepala dan enggan melayani pertanyaan wartawan. Pada 18 Julai lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan termasuk menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin dan Vivian – Alvivi satu kandungan gambar dan komen bertajuk, Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!) yang mengandungi logo halal. Bagi dua pertuduhan lain, mereka didakwa memuat naik penerbitan tersebut yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan antara mereka yang berlainan agama dan dakwaan mempamerkan gambar-gambar lucah.


0 ulasan:
Catat Ulasan