Nota bunuh diri
Peguam kerajaan di sini memetik nota bunuh diri ditinggalkan Todd dalam komputer riba miliknya, satu keterangan pakar psikiatri yang menjelaskan bahawa dia menderita akibat kemurungan dan satu rekod internet menunjukkan dia melayari laman web bunuh diri sebelum kematiannya. “Ketiadaan sebarang bukti ketara bagi menyokong teori homisid waris berikutnya perlu dilihat bersebelahan dengan bukti nyata menuding ke arah bunuh diri,” kata satu kesimpulan dibaca di mahkamah oleh peguam kanan negara, Tai Wei Shyong. Beliau menutup hujahan dengan mengatakan bahawa ‘teori kes homisid tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas, seterusnya kematian Shane adalah bunuh diri.
’ Projek rahsia
Dalam satu kenyataan terhadap inkues, ibu bapa Todd berkata mendiang bimbang dirinya terpaksa membahayakan keselamatan nasional Amerika dalam satu projek rahsia membabitkan sebuah firma telekomunikasi China dituduh melakukan pengintipan antarabangsa dan sebuah institut di sini yang menggaji anak lelaki mereka. Dua firma berkaitan, Institute of Microelectronics dan Huawei Technologies, China berkata pihaknya hanya mengadakan rundingan awal berhubung satu projek potensi dengan aplikasi komersial, namun tidak meneruskannya.
Categories: Berita
0 ulasan:
Catat Ulasan