18 Jun 2013

Posted by jinson on 18.6.13 No comments


Rantau Panjang: Norashikin Abd Rahman kehilangan tiga anak serentak apabila mereka yang berusia 4, 6 dan 7 tahun lemas ketika mandi di Sungai Golok, kira-kira 100 meter dari rumahnya, di sini, petang semalam. Mayat ketiga-tiga beradik, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi Aziz, 6, dan Muhamad Irfan Rahman Aziz, 4, ditemui tidak jauh antara satu sama lain di tempat kejadian dalam tempoh sejam selepas kejadian. Gagal menyelamat Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Zulhilmi dan Muhamad Irfan Rahman cuba menyelamatkan Muhammad Syahmi yang lemas ketika itu. Bagaimanapun mereka turut lemas. Mayat pertama Muhammad Syahmi ditemui penduduk jam 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan, 5.30 petang dan Muhammad Zulhilmi pada 5.50 petang.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog