Add caption |
Riyadh: Seorang pemuda Arab Saudi menggunakan pita pelekat untuk melekatkan seorang kanak-kanak ke dinding, sebelum mentertawakannya bersama rakan, menyebabkan dia kini diburu polis. Pemuda itu, dipercayai anggota keluarga kanak-kanak berkenaan, kemudian mengambil gambar dan menyiarkannya secara online, tanpa menyedari tindakannya mengundang padah. Gambar kanak-kanak itu disiarkan pelbagai akhbar di Arab Saudi dan polis sedang memburunya. Pemuda itu kini dilaporkan menyembunyikan diri. Mangsa ditertawa Sebuah akhbar berbahasa Arab berkata, kanak-kanak itu kelihatan menggeliat kesakitan, manakala anggota keluarganya ketawa tanpa sedikit pun mempedulikan keadaannya. Akhbar berkenaan bagaimanapun cuma menyiarkan gambar kanak-kanak itu, tetapi tidak menyatakan di wilayah mana gambar itu diambil. “Apa yang diakukan oleh mereka adalah satu pelanggaran hak asasi kanak-kanak itu. Mereka langsung tidak mempedulikan perasaan dan kesakitan yang dialaminya,” kata akhbar berkenaan yang memetik kenyataan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi, Maatouk Al Shareef. Jejas perkembangan Beliau berkata perbuatan anggota keluarga kanak-kanak itu akan menjejaskan perkembangan mentalnya selain meningkatkan keganasan ke atas kanak-kanak. “Kami merayu sesiapa yang mengenali lelaki yang melakukan perbuatan itu agar menghubungi suruhanjaya ini, supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya.
Categories: Bongong
0 ulasan:
Catat Ulasan