18 Jun 2013

Posted by jinson on 18.6.13 No comments


Mumbai: Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan bakal menjadi bapa sekali lagi, apabila anak ketiganya dijadual dilahirkan awal Julai depan menggunakan kaedah ibu tumpang, lapor media. Akhbar Times of India melaporkan, keputusan untuk mendapatkan anak ketiga, diambil isteri beliau Gauri, yang berhasrat untuk mempunyai anak ketiga. “Pasangan itu mendapatkan khidmat nasihat perubatan bagi proses ibu tumpang, sama seperti yang dilakukan pelakon Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao. Keputusan ini dibuat sendiri oleh Gauri,” lapor Times of India. Shah Rukh dan Gauri sudah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Aryan Khan, 15 dan Suhana Khan, 13. “Bayi yang bakal dilahirkan nanti adalah seorang lelaki, jadi Suhana akan mempunyai seorang lagi saudara lelaki selain Aryan. “Aryan dan Suhana amat teruja dengan berita kehadiran anggota baru di dalam keluarga mereka, manakala persediaan juga sedang dibuat di kediaman Shah Rukh Khan Mannat, di Mumbai,” kata Times of India. Bagaimanapun, pasangan itu sehingga kini belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu. Mereka juga tidak mengesahkan atau menafikan mengenainya.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog