15 Julai 2013

Posted by jinson on 15.7.13 No comments
Cory Monteith Mati Akibat Penyalahgunaan Dadah?VANCOUVER, 15 JULAI 2013: Siri komedi muzikal yang paling berpengaruh ketika ini, Glee, telah kehilangan salah seorang pelakon utamanya yang juga boleh dianggap hero bagi pengikut siri yang popular terbitan Fox itu. Cory Allan Micheal Monteith, 31, atau Cory yang membawakan watak Finn Hudson telah ditemui tidak sedarkan diri di lantai kamar tidurnya ketika menginap di hotel Fairmont Pacific Rim, Vancouver, British Columbia, Canada, Sabtu 13 Julai 2013. Cory yang merupakan teman lelaki kepada pelakon wanita utama Glee, Lea Michele yang turut menjalinkan hubungan dengan aktor tersebut di dalam siri itu telah dijumpai rebah di tingkat 21 hotel tersebut. Mayatnya dijumpai setelah setelah ada kakitangan datang memeriksa kamar tersebut setelah Cory didapati gagal untuk check out pada waktu yang dijadualkan dan ianya telah membawa kepada penemuan mayat pelakon tersebut. Pelakon berketinggian 6 kaki 3 inci mula menginapdi hotel berkenaan semenjak 6 Julai lepas. Cory yang dilaporkan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah berikutan masalah peribadinya dipercayai mati seorang diri tanpa sebarang pergelutan yang berlaku keatasnya. Dia yang mengalami masalah dengan ketagihan dadah sejak usianya 19 tahun dikatakan telah sukarela pergi ke pusat pemilihan untuk menjalani rawatan. Selain daripada itu Cory juga dilaporkan ada menerima beberapa orang tetamu berbeza, malah dia juga sering pulang menjelang awal pagi hingga telah menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap kematiannya. Menjadi seorang selebriti yang sangat popular sepertinya, Cory semasa hayatnya benar-benar mahu mengubah persepsi orang terhadapnya dan meninggalkan tabiat penyalahgunaan dadah. Dia tidak mahu anak-anak dimasa hadapan mengambil contoh dirinya yang merupakan penagih dan bermasalah sejak sekolah tetapi masih mampu berjaya menjadi selebriti. Bagi Cory ia satu contoh atau perkara yang sangat teruk untuk dibanggakan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog