KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Salam ihya Ramadan al-Mubarak ikhlas daripada Murai Batu khas untuk anda semua pembaca setia portal hiburan terhangat Murai.com.my. Macam mana prestasi anda semua menjalani ibadah puasa? Dapatkah menahan lapar dan dahaga? Itu mudah sahaja bukan? Tapi bergosip mesti susah nak tinggal kan? Haaaa biasalah kita ini manusia biasa. Bukannya malaikat, selagi boleh menjaga kita jaga. Tapi seelok-eloknya kalau gosip tak pon bercerita, biarlah sumbernya sahih. Tak pun ada bukti, jangan main petik, sebut, tulis selepas itu tersilap dah kesian jadi kes fitnah, oopss! Kalau dah puasa tu takkanlah lupa nak raya. Mestilah baju raya semua dah siap, bersusun atas rak menanti dipilih sahaja rona dan fesyen yang bagaimana. Maklumlah sekarang dah senang nak bergaya. Semua orang mampu sarung baju-baju raya berjenama mewah pereka hebat tempatan. Tetapi harini bukan nak cerita pasal baju tapi orang yang Murai Batu jumpa di sebuah butik pereka hebat di Shah Alam. Sebelum itu, Murai Batu sempat menonton persembahan peragaan fesyen baju raya siap daruipada berapa pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie, Rizalman serta Hatta Dolmat.Bukan mereka bertiga ini sahaja yang mencuba pemasaran sebegini malah ramai lagi pereka diluar sana yang mewujudkan cabang khas baju ready-to-wear sempena Aidilfitri itu. Namun, dalam banyak-banyak itu, Hatta Dolmat jadi pilihan Murai Batu sebab dia antara yang paling murah dan menepati citarasa anak dan anak buah Murai Batu. Terpaksa sebab dah berjanji dengan mereka, belikan baju Hatta untuk melaram di pagi Syawal. Malangnya, kunjungan Murai Batu ke butik Hatta Dolmat Couture sangat menghampakan sebab baju-baju ready-to-wear Hatta Dolmat yang dusahakan bersama First Lady apparel, tiada di butik pereka fesyen berkenaan. Cuma sample sahaja, selebihnya harus membelinya secara online juga ke butik First Lady terpilih yang ada di seluruh negara. Tapi ia bertukar menjadi panas bila Murai Batu nampak kelibat seorang aktres yang sungguh popular kini. Cuba teka siapa yang Murai Batu nampak masa tunggu orang nak cuba baju di butik Hatta Dolmat? Haaa ingat tak cerita pasal Yana Samsudin katanya sudah ada kekasih baru yang kaya raya. Foto kedua mereka ada dirakam lensa jurugambar dan tersebar di serata portal dan blog pada penghujung Jun lalu. Ketika itu Murai Batu nampak fizikal serta wajah jejaka yang bersama Yana Samsudin seperti sama dengan jejaka yang dikaitkan dalam gosip cinta aktres tersebut. Telek punya telek Murai BAtu tak dapat mengesahkan hinggalah Murai Batu pulang dan siasat di blog yang menyiarkan gosip itu. Memang sah itu orang yang sama! Kalau nak ikutkan, Yana ada menafikan dia sudah bertunang atau dirisik. Tetapi dia tidak pula menafikan atau menolak dakwaan dia bercinta dengan anak VVIP.Daripada sumber lain pulak ada yang mengatakan jejaka itu bernama Haiqal dan merupakan anak tokoh korporat tempatan yang disegani. Berbalik cerita di butik Hatta Dolmat, kedua mereka seperti mesra dan seakan orang bercinta. Yang paling penting Yana banyak mencuba baju berwarna putih. Mana mungkin kita nak pakai putih pada hari rayakan kawan-kawan? Sudah tentu hari bahagia yang istimewa sahaja baju berona putih yang jadi pilihan bakal pengantin untuk disarungkan majlis ijabkabul dan sebagainya kan? Jadi apakah penjelasan Yana Samsudin mengenai hal ini. Ini bukan lagi andaian, sebaliknya Murai Batu menangkap sendiri gelagat Yana yang sedang sibuk mencuba beberapa helaian koleksi perkahwinan pereka Hatta Dolmat itu. Hati Murai Batu kuat mengatakan itulah teman istimewa Yana Samsudin yang bakal tampil dengan Adnan Sempit 3 Aidilfitri ini. Sekaligus ia menolak cerita mengenai adik Farid Kamil yang pernah dikaitkan dengan Yana sebelum ini. Kalau betul Yana akan diikat atau melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, syukurr Alhamdulillah. Murai Batu yakin semua peminat terutamanyaYanasuperfriends akan menyambut berita ini dengan gembira.
Categories: WOW
0 ulasan:
Catat Ulasan