24 Julai 2013

Posted by jinson on 24.7.13 No comments
Macam-Mat-Salleh-lah/Sekali pandang macam pernah nampak. Tidak mustahil, tambahan selebriti terkenal ini sering menghiasi muka surat majalah dan kaca televisyen. Namun lebih menarik apabila selebriti pujaan kita ini kelihatan persis pelakon luar negara. Tidak percaya? Mari lihat beberapa contoh.

 Fazura & Leighton Meester (Blair Waldorf daripada drama TV Gossip Girl)

Pasti ramai anak muda kenal dengan Leighton atau nama glamor beliau daripada lakonan dalam drama TV Gossip Girl sebagai Blair Waldorf. Sekali pandang, macam si pelakon Faz-bulous, Nur Fazura. Mungkin juga kerana mereka berdua miliki bentuk muka dan gaya rambut yang sama.

 Neelofa & Miranda Kerr

Neelofa dan Miranda Kerr pun tidak ketinggalan! Kedua-duanya menjadi pujaan hati para jejaka. Mana tidaknya, wajah pun lebih kurang sama. Kalau ditanyakan kepada orang awam, Neelofa dan Miranda miliki bentuk mata yang sama.

Nadine Ann & Lindsey Vonn
Seorang merupakan bekas ratu cantik Malaysia manakala Lindsey Vonn pula merupakan ratu ski dan teman wanita kepada pemain golf terkenal, Tiger Woods. Apa yang sama antara Nadine dan Lindsey? Semestinya mata yang tajam memukau.

 Zizie Ezette & Renee Zellweger


Ahli parlimen Bung Mokhtar sangat beruntung ya. Mengapa? Kerana beliau miliki isteri yang sama cantik macam pelakon antarabangsa Renee Zellweger. Mereka berdua miliki kulit gebu yang sama serta senyuman yang sama.

 Ziana Zain & Jennifer Lopez

Pasangan kembar lain ibu lain bapa ini memang sudah lama digemparkan. Terserlah lagi persamaan antara primadonna tanahair Ziana Zain dan diva antarabangsa Jennifer Lopez melalui bentuk muka, kening, hidung serta warna kulit tan. Jika dilihat semula, kadang kala gaya sahaja yang sama antara selebriti kita dengan selebriti luar negara. Wajah itu tidak mungkin seratus peratus sama. Bagaimana pula dengan anda? Ada kembar di luar negara?
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog