Almy Nadia berkata, dia tidak mahu bermusuhan dengan bekas kekasihnya itu demi kebaikan jangka masa panjang. "Saya tidak pernah menganggap Fizz sebagai musuh saya.
Malah kami masih berkawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah serapat dulu hingga hendak kerap berhubung atau sebagainya. "Kami sekadar berkawan biasa dan hanya bertegur sapa jika berjumpa di mana-mana majlis hiburan.
Lagipun industri kita ini kecil sahaja. Kalau nak elak pun tak boleh kerana akhirnya pasti akan bertembung atau berjumpa juga. "Walaupun begitu, terus-terang saya tidak terlintas untuk kembali bercinta atau mengarapkan cinta Fizz lagi.
Biarlah jodoh saja yang menentukan," katanya kepada murai.com.my pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. Hubungan cinta mereka berantakan selepas Fizz disahkan bertunang dengan wanita yang akhirnya didapati isteri orang pada awal Februari lalu.
Jangkaan Almy bahawa mereka akan bekerjasama ternyata benar terjadi, apabila dia dan Fizz telah digandingkan menerusi penggambaran telemovie Seiring Sejalan Raya untuk siaran RTM.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengannya. Kerana bagi saya, sebagai pelakon saya perlu bersikap profesional supaya kerjasama itu dapat dilakukan dengan baik dan memuastkan hati penerbit dan penonton.
"Ketika kami berlakon dalam telemovie berkenaan, saya lupakan sejenak semua hal peribadi dan cuba bersikap profesional," jelasnya lagi. Sementara itu, Almy memberitahu hubungannya dengan ibu dan keluarga Fizz masih baik dan mereka sering berhubung.
0 ulasan:
Catat Ulasan