. Dia juga sedar, siapalah dirinya hari ini kalau bukan seorang penyanyi yang sering melantunkan bait kata lagunya dengan penuh tepat lagi jelas.
Malah nota-nota tinggi acap kali menjadi kekuatan penyanyi lelaki ini bermula daripada lagu Sonata Musim Salju, Tekad dan Mungkir Bahagia. Namun dalam misinya melahirkan single terbaru, Hazami bagaimanapun berhadapan dengan jalan buntu apabila sebanyak 18 kali versi rakaman telah dibuat bagi menghasilkan lagu berjudul Sonata Rindu.
"Lagu ini memang banyak menduga kesabaran saya. Bukannya kerana saya mahu ianya dilagukan dengan sempurna sebagaimana lagu-lagu saya sebelum ini, tetapi saya harus berpijak di bumi yang nyata.
"Selepas 11 tahun bergelar penyanyi, cuma untuk lagu yang satu ini menjadi saya pelik dan terkejut. Semuanya kerana teknik nyanyian yang selama ini saya praktikan dalam setiap lagu saya, nampaknya langsung tidak digunakan untuk menghasilkan Sonata Rindu.
"Apa yang boleh saya katakan, Sonata Rindu mengentengahkan suara malas saya. Sebutan setiap patah perkataan juga tidak sejelas lagu-lagu sebelum ini. Cukup malas, memang malas. "Mungkin saya terlalu mementingkan ketelitian , maka saya masih tak jumpa untuk setiap 17 versi rakaman lagu itu.
Tetapi hanya selepas rakaman ke-18, ianya menjadi dan semua orang dalam studio berkata, ya inilah yang terbaik," katanya. Jelas Hazami, lagu berkenaan menggunakan melodi yang cukup malas untuk disampaikan dan oleh kerana teknik malas situ jugalah ianya telah menjadi tarikan untuk diketengahkan sebagai single terbarunya.
Tambah Hazami, teknik nyanyian berkenaan sebenarnya telah kerap digunakan oleh penyanyi popular antarabangsa masa kini seperti Bruno Mars dan Adele. Selain tidak perlu melontarkan suaranya terlalu tinggi, teknik nyantian malas itu telah diperindahkan dengan petikan piano sebagai latar belakang lagu Sonata Rindu. Lagu berkenaan bakal diselitkan di dalam album kompilasi terbarunya berjudul Sonata Hazami:Himpunan Lagu-lagu Terbaik Untukmu yang bakal dilancarkan Ogos depan.
"Teknik nyanyian yang digunakan Bruno Mars dan Adele telah banyak mempengaruhi saya untuk melahirkan single terbaru ini. Saya percaya, dengan ketika sempurnaan sebutan yang kerap digunakan dua penyanyi itu, bakal memberikan impak serupa kepada lagu saya ini kerana saya percaya inilah yang diigini oleh pendengar masa kini," katanya optimistik.
Tambah Hazami, dia sedang menyiapkan sebuah album penuh pada penghujung tahun ini yang akan membariskan lagu-lagu baru sesuai untuk halwa telinga pendengar muzik tempatan.
Categories: ALAHAI
0 ulasan:
Catat Ulasan