24 Julai 2013

Posted by jinson on 24.7.13 No comments
Demi Bayi Dalam Kandungan, Betty Benafe Tak PuasaKUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Demi menjaga kesihatan bayi dalam kandungannya yang sudah berusia 4 bulan, pelakon dan penyanyi, Betty Benafe akui dia tidak mampu menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini sepertimana tahun-tahun lalu. Malah, Betty berkata dia dilarang oleh ibu mertuanya untuk berpuasa kerana bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungannya. "Saya cuba berpuasa pada 1 Ramadan yang lalu, nyata memang besar dugaannya kerana sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luar biasa dan cepat lapar. Jadi bila buka sahaja, saya minum air dengan sangat banyak sehingga malam. "Sebenarnya, ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula. "Tapi, hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya pun tak berpuasa," katanya kepada murai.com.my. Betty ditemui ketika majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka, malam kelmarin. Bercerita mengenai pengalamannya hamil pertama kali, dia rasa cukup bersyukur kerana dilayan sangat baik oleh suaminya, Bruce Darghous walaupun mengalami rasa murung sepanjang 3 bulan pertama mengandung. "Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kilogram. Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan. "Tapi masa 3 bulan pertama itu, saya dijaga rapi oleh suami yang tidak membenarkan saya melakukan kerja berat dan keluar bersendirian. Sehinggakan ketika Malaysia dilanda Jerebu yang teruk baru-baru ini, saya dilarang sama sekali oleh suami untuk keluar dan hanya duduk dirumah dalam aircond," ceritanya lagi. Betty, bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan British dan Lebanon pada 8 Disember 2012. Meskipun hamil, Betty memberitahu dia kini aktif berlakon dan tetap meneruskan proses merakamkan album barunya bersama Universal Music Malaysia. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV. Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja. "Saya dah biasa tak reti duduk diam dan kuat bekerja. Jadi, Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Suami saya pun benarkan, dia tidak letakkan had. Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil," katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog