25 Ogos 2013

Posted by jinson on 25.8.13 No comments
Zizan Razak Akui Terima Tawaran Jadi Hos AF2013? Meskipun program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim 2013 (AF2013) sudah pun memperkenalkan tenaga pengajarnya yang diberi nama 'Inspirer', namun masih ramai yang ternanti-nantikan siapakah yang bakal menjadi hos utama pentas untuk musim kali ini. Selepas membariskan nama-nama besar seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Dato' AC Mizal dan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara Akademi Fantasia musim terdahulu, kini nama pelawak Zizan Razak pula disebut-sebut bakal mengendalikan program nyanyian realiti terkenal itu untuk musim baru ini. Zizan Razak yang ditemui murai.com.my mengakui ada menerima tawaran sebagai hos AF2013, namun belum boleh memberi kata putus kerana dia sendiri ketika ini masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut. "Sebenarnya memang saya da terima tawaran untuk menjadi hos AF2013. Ada yang bertanya adakah saya berminat atau tidak. Tapi saya sendiri masih belum beri apa-apa kata putus. "Malah, saya masih menilai diri saya adakah saya mampu untuk melakukannya kerana sebelum ini, pengacara AF dibarisi nama-nama besar dalam industri. Namun, saya memang berbesar hati apabila menerima tawaran tersebut," katanya ringkas yang ditemui selepas Malam Gala KL Zombie di e@Curve Damansara semalam. Jawatan baru iaitu Inspirer telah membariskan tiga artis hebat iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Melly Goeslow dan Faizal Tahir. Konsert pertama AF2013 akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria. Setelah mendapat tawaran itu, Zizan memberitahu dia ada meminta pendapat daripada Datuk Aznil Hj Nawawi untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. "Ianya tanggungjawab yang besar dan saya perlu membuat keputusan yang tepat sebelum beri kata putus. Malah, saya ada meminta pendapat Datuk Aznil Hj Nawawi iaitu hos yang pernah mengendalikan program ini. "Apa-apa pun, saya minta pihak media tunggu sahaja pengumuman daripada apihak Astro sendiri kerana saya pasti Akademi Fantasia kali ini akan penuh dengan kejutan," jelasnya lagi. Program AF2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Hos untuk beberapa program dalam AF2013 seperti program Diari AF telah melantik Hefny sebagai pengacara. Manakala, Hanis Zalikha pula akan menjadi pengacara untuk program TGI AF (Terus Gempak...Inilah AF2013) bersama Najip Ali dan seorang lagi pengacara. Hanis juga menjadi pengacara untuk program AF Buzz bersama Syafinaz Selamat dan seorang lagi pengacara yang masih lagi dirahsiakan identitinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog