25 Ogos 2013

Posted by jinson on 25.8.13 No comments
Amaran Dato` Siti Nurhaliza Buat Bakal Pelajar AF2013 Sebelum menandatangani kontrak secara sah untuk menggalas tugas sebagai #Inspirer dalam program #AF2013, penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin akui telah mengkaji terlebih dulu format baru program tersebut. Bagaimanapun, Siti tidak menafikan berasa amat pelik tatkala dia mendapat tahu program ini bakal muncul semula di kaca TV selepas Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia 9(AF) adalah musim yang terakhir. "Terus-terang Siti katakan, apabila Astro umumkan akan buat AF2013, Siti teru stertanya-tanya , biar-betul? Namun, bila difikir-fikirkan balik, Siti rasa Astro mesti buat sesuatu yang berbeza dari konsep sebelum ini. "Sebelum setuju untuk terima tawaran melibatkan diri dalam #AF2013, Siti banyak tanya soalan tentang pembaharuan AF2013 kepada pihak Astro. Apabila Siti dapati segalanya berbeza, Siti merasakan tawaran ini menarik dan Siti pun terpanggil untuk menjawat jawatan sebagai #Inspirer. "Siti pun berfikir, kenapa tidak Siti berkongsi pengalaman Siti bersama pelajar #AF2013. Bagi Siti, AF kali ini adalah satu semangat baru," katanya. Meneruskan lebih lanjut mengenai penglibatannya itu, pelantun lagu Biarlah Rahsia ini telah pun memberikan amaran awal kepada bakal pelajar #AF2013. "Pengalaman saya, #MellyGoeslow dan #FaizalTahir tidak sama. Macam saya sendiri. Selama 18 tahun dalam arena muzik tempatan, saya telah mula dari bawah. Saya mula menyanyi pada majlis kenduri kahwin. "Sejujurnya, Siti lebih suka memberikan teguran kepada pelajar #AF2013 daripada bercerita mengenai pengalaman saja. Dalam erti kata lain, Siti suka mengajar mereka secara memberikan teguran. "Apapun, pelajar #AF2013 tidak boleh bergantung harap kepada orang lain. Mereka perlu bantu diri mereka sendiri. Kami sebagai #Inspirer akan cuba membantu mereka sedaya mungkin," jelas Siti yang mendapat tawaran ini dua bulan lalu. Selain bersetuju menjadi #Inspirer kerana perbezaan format #AF2013, Siti tambah bersemangat selepas mendapat tahu Melly dan Faizal Tahir turut sama menjawat jawatan yang digalasnya itu. "Sebelum bersetuju, Siti tengok jadual Siti lebih dulu. Sebelum ini, Siti memang ada menerima tawaran daripada produksi AF. Namun, baru sekarang Siti bersedia untuk bersama dengan mereka. "Siti tambah teruja nak terlibat dalam #AF2013 kerana adanya Melly Goeslow yang Siti kagumi dan Faizal Tahir yang Siti minati. Ia membuatkan Siti lebih bersemangat. Rugi rasanya kalau Siti tak ambil tawaran ini," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog