25 Ogos 2013

Posted by jinson on 25.8.13 No comments
Suspek yang dicekup polis di sebuah bengkel kereta, di Air Itam, malam kelmarin / Pic: Sinar Harian
Suspek yang dicekup polis di sebuah bengkel kereta, di Air Itam, malam kelmarin

GEORGETOWN : Sebuah premis judi yang terletak jauh dari penempatan penduduk kononnya selamat daripada dijejak polis ternyata tersilap apabila diserbu malam kelmarin. Berselindung di belakang sebuah bengkel kereta ternyata gagal apabila diserbu pasukan polis D7 dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut dalam Ops Dadu di Air Itam. Selain jauh, ia dikelilingi semak di mana ‘kaki judi’ perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ. Difahamkan, tempat itu cukup strategik untuk ‘kaki judi’ mengaburi mata pihak berkuasa bagi menjalankan kegiatan haram itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menumpaskan kegiatan perjudian haram terbesar di negeri ini pada tahun ini, dengan nilai pertaruhan mencecah RM450,000. Menurutnya, operasi itu dibuat hasil intipan terhadap bengkel berkenaan sejak tiga hari lalu. “Seramai 10 anggota polis yang diketuai Inspektor Cheok Kian Soon dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat menyerbu bengkel kereta itu kira-kira jam 2.30 pagi. “Polis menahan 12 kaki judi, termasuk empat wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan merampas pelbagai cip bernilai RM250,000,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Siasatan awal mendapati, kumpulan itu menjalankan kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu, dengan setiap pertaruhan mencecah RM450,000. Semua mereka yang ditahan, dibawa ke IPD Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda RM5,000 setiap seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog