25 Ogos 2013

Posted by jinson on 25.8.13 No comments
Bahagian belakang kereta ini remuk akibat dilanggar sebuah kereta lain dari belakang / Pic: Sinar Harian
Bahagian belakang kereta ini remuk akibat dilanggar sebuah kereta lain dari belakang

 KUALA KANGSAR: Dalam masa tidak sampai 10 minit, tiga kemalangan berlaku di tiga kawasan berhampiran di Jalan Taiping - Kuala Kangsar, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tiga orang cedera dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah berkata, tiga kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada kemalangan pertama yang berlaku berhampiran simpang masuk ke Kampung Talang. Menurutnya, kesesakan jalan yang berlaku dipercayai menjadi punca kenderaan di belakang berlanggar sesama sendiri dan ada yang terbabas ke kiri jalan. “Kemalangan pertama melibatkan dua motosikal yang agak teruk dengan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan. “Kesesakan yang berlaku mungkin menyebabkan ada pemandu yang gagal kawal kenderaan mereka,” katanya. Menurut seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar, Haidir Tamizi, dia dan rakan setugas bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, mereka diarahkan untuk pergi ke lokasi lain yang berhampiran kerana terdapat seorang penunggang motosikal terbabas. "Ketika sedang membantu mangsa, kami dikejutkan dengan bunyi seretan tayar diikuti dentuman tidak jauh dari tempat kami membantu mangsa kemalangan ini. “Dalam masa lima minit atau lebih, tiga kemalangan berlaku di kawasan yang sangat hampir. Masa kami bantu mangsa kemalangan ini, satu lagi kemalangan melibatkan tiga kereta berlaku di belakang kami,” ujarnya. Katanya, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan melihat tiga kereta berlanggar sesama sendiri dan tiga kemalangan itu menyebabkan jalan menjadi sesak. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar mengesahkan menerima satu daripada tiga laporan kemalangan tersebut. Beliau turut menasihatkan pengguna terutamanya penunggang motosikal supaya berhati-hati dan tidak cuai ketika berada di jalan raya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog