12 Ogos 2013

Posted by jinson on 12.8.13 No comments
Apabila kita bercakap tentang makanan segera, masing-masing ada yang tidak terlepas dari isu kontroversi yang dibangkitkan oleh pelanggan khususnya di Malaysia. Sebelum ini pernah kes di Secret Recipe, KFC dan baru-baru ini pula tentang McD pula. Apa pula kes tentang McD ini? Melayukini.net difahamkan isu yang dibangkitkan ini adalah tentang penemuan telur lipas dalam Burger Samurai McD. Hal ini juga turut kecoh di laman-laman sosial seperti Facebbok dan blog. Sejauh manakah kesahihan berita ini? Menerusi laman Lipstiq, beliau telah berkongsikan sebuah foto yang dikirim oleh pembaca dan agak mengejutkan apabila terdapat telus lipas dalam roti burger tersebut. Pada mulanya, pengirim gambar yang dikenali sebagai Jimmy telah membeli burger secara take away untuk pulang ke pejabatnya. Alangkah terkejut apabila ternampak objek kecil dan bujur berwarna hitam dan mengesahkan bahawa itu adalah telur lipas. Foto tersebut juga telah dikirim kepada HQ MCD Mont Kiara namun masih belum mendapat respon daripada pihak cawangan MCD tersebut. Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger MCD.

samurai1

samurai2

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog