12 Ogos 2013

Posted by jinson on 12.8.13 No comments
Sesiapa yang pernah berkunjung ke Makkah suatu ketika dahulu, sudah pastinya mendengar kemerduan suara muazzin melaungkan azan dari Masjidil Haram. Kemerduan ini sememangnya menjadi contoh azan terbaik di dunia ini. Antaranya seperti seorang budak lelaki ini yang dikenali sebagai adik Amnan Sani. Adik yang merupakan peserta Qari Junior 2 di TV3 ini, ternyata mempunyai suara yang sangat merdu. Anda boleh tonton video di atas ini.

azanSubhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla. Nama : Adik Amnan Sani Gaya laungan azan : Sheikh Ali Ahmad Mulla (Bilal Mekah) Lokasi: Masjid Shah Alam, Selangor Info terbaru: Dia pernah melaungkan azan di hadapan Sheikh Ali Ahmad Mulla sendiri pada 28 Jun 2013 di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan. Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog