12 Ogos 2013

Posted by jinson on 12.8.13 No comments
Seperti yang kita maklum, Ustaz Azhar Idrus sudah pun berkahwin buat kali ketiga pada tahun ini bersama dengan isteri muda. Difahamkan juga, nama isteri ketiga UAI adalah Puan Izyan. Pada masa yang sama juga, pada tahun ini, buat pertama kalinya juga UAI beraya bersama dengan isteri ketiganya.Biarpun pada awalnya, perkahwinan ketiganya ada dicemuh sesetengah masyarakat, tetapi jelas mereka bahagia.Apapun, kebahagian dan kemeriahan suasana hari raya jelas terpancar melalui gambar yang dikongsikan oleh UAI kepada para peminatnya.

uai
WALAU bagaimana pahit hati seorang wanita untuk menerima hakikat bermadu, Islam membenarkannya (dengan bersyarat). Dan bagaimana skeptikal sekalipun kita apabila menerima berita soal lelaki yang mengamalkan poligami, jangan sampai tersilap menidakkan hukum Allah. Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus misalnya, walaupun menerima banyak kecaman selepas tersebar gambarnya bernikah kali ketiga, tetap tenang melayari rumah tangga. Lihatlah gambar raya UAI tahun ini. Dia kelihatan bahagia tersenyum sambil diapit ketiga-tiga isteri dan anak-anak. Lelaki yang berkahwin cuma satu pun belum tentu mengecap keharmonian lebaran macam dia kan? Yang pasti, tak ramai lelaki yang berani macam UAI untuk mengikut jejak langkahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog