MELAKA 11 Ogos - Tiga sahabat mati lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Putat berhampiran Jalan Ayer Keroh Lama, Ayer Keroh di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua tiga sahabat berkenaan yang berasal dari Parit Keliling, Asahan, Jasin lemas setelah gagal keluar dari kereta itu yang terbalik di dalam sungai. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Ahmad Adnan Basri berkata, tiga mangsa yang maut ialah pemandu, Chong Jun Wen, 19, serta dua penumpang, Wong Wei Hao, 22, dan Ng Kee Kang, 20. Menurutnya, seorang lagi penumpang, Liew Yu Yang, 20, terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di kaki kanan. "Ketika kejadian, kereta jenis Proton Iswara itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang menghala ke Jalan Tun Abdul Razak di sini. "Semasa melalui satu selekoh berhampiran sebuah tokong, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan terjunam ke dalam sungai tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Jelas Adnan, penumpang yang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta itu sebelum meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan. Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala Yu Yang diberikan rawatan di hospital sama akibat kecederaan di kaki kanannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian. Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Kamalrulzaman Mohd. Din berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.31 pagi dan dua jentera dengan 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Ayer Keroh dikejarkan ke tempat kejadian. "Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 4.09 pagi diikuti mangsa kedua pada pukul 4.13 pagi manakala mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada pukul 4.18 pagi," jelasnya. Dalam pada itu, ibu kepada Wei Hao, Ngui Chin Hua, 54, berkata, anak bongsunya daripada empat beradik itu keluar hampir setiap malam untuk bermain komputer di rumah neneknya. "Kali terakhir saya bertemunya pada pukul 8 malam tadi sebelum dia keluar. Saya sangka dia ke rumah neneknya seperti biasa, namun mengetahui dia keluar bersama rakan-rakannya selepas menerima panggilan tentang kemalangan tersebut pagi ini," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini hari ini. Ketiga-tiga mangsa bekerja di Singapura dan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti panjang.
12 Ogos 2013
Posted by jinson on 12.8.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 12
(16)
- Menakjubkan! Azan Suara Budak Lelaki Ini Seperti M...
- Gempar! Telur Lipas Dalam Samurai Burger McDonalds...
- Meriah! Gambar Raya Ustaz Azhar Idrus UAI Bersama ...
- Gempar! Mat Luthfi Lawat Gereja Di Pagi Raya Cetus...
- salah siapa?? - DATUK LEE CHONG WEI
- Azab kaki dihiris lima penculik
- surau jadi tokong
- FEWER ACCIDENTS IN FIRST 9 DAYS ON OPS SELAMAT
- Dira Abu Zahar Buat Tahlil Malam Raya Ketiga
- Video: Zahid Pertama Kali Beraya Di Rumah Mertua
- WOW ! Ning Baizura Bawa Ryan Sky Beraya di Malaysi...
- Polis buka kertas siasatan walaupun Alan Tang nafi...
- 3 maut kereta terjunam ke sungai
- Wanita cedera disimbah asid
- Ape Hal ! Surau dijadikan tokong?
- Kerani maut bom meletup
-
▼
Ogo 12
(16)
-
▼
Ogos
(279)
0 ulasan:
Catat Ulasan