1 Oktober 2013

Posted by jinson on 1.10.13 No comments
.
Tergelak besar sekejap bila kami mendengar berita ini. Pelakon kesayangan ramai Aaron Aziz diberitakan meninggal dunia.
Yang buat kami tergelak, beliau dikatakan meninggal sewaktu mengalami kemalangan ketika sedang bermain luncur salji di Zermat Ski Resort, Switzeland. Ya, berita kematian memang tak boleh dibuat main - kami serius!
 Pagi ini, sedang kami semua kelam kabut menyediakan berita-berita terbaik untuk tatapan para pembaca MD pagi ini, penulis mendapat satu panggilan telefon dari seorang teman, katanya, "Nak tanya ni, betul ker Aaron Aziz meninggal dunia? Masa main salji kat Switzeland. Ada kat internet", kata si teman.
 "Hah?! Mana dapat cerita ni???, terkejut penulis dibuatnya. Tiba-tiba meja hiburan kami jadi kecoh dengan berita itu. Namun setelah dipastikan, berita kematian pelakon Aaron Aziz yang tersebar di internet adalah palsu belaka.
 Dari pemantau kami menerusi Twitter dan Instagram milik Aaron - dua hari lalu pelakon filem KL Gangster 2 ni memaklumkan dia berada di Doha.

.
Dan kali terakhir pelakon ini mengemaskini di lama Instagramnya ialah semalam, di mana Aaron meluahkan rasa rindunya kepada anak perempuan.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog