Sejak berpisah dengan suaminya Mohd. Yazli Yaacob pada Mac lalu, meskipun dia bahagia disamping anak-anaknya namun dramatis popular Wan Nor Azlin mengakui sesekali beliau diselubungi rasa sunyi. "Tujuh tahun saya dan suami tinggal berasingan.
Sepanjang itu saya lah yag membesarkan anak-anak. Akhirnya pada Mac lalu mahkamah memutuskan supaya kami berpisah. Sebab dah terlalu lama saya digantung tidak bertali, saya tak diberi nafkah zahir dan batin. "Sepanjang saya seorang menjaga anak-anak, macam-macam dugaan saya lalui.
Dan semakin saya diuji, saya semakin matang dan dah lali. Tapi tak dinafi saya rasa sunyi tanpa suami. Tapi saya bersyukur kerana saya ada anak-anak", katanya ketika ditemui baru-baru ini. Wan Nor Azlin mempunya tiga cahaya mataiaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8.
Bergelar ibu tunggal, kata pelakon drama bersiri Mencintaimu ini, beliau tidak terlepas dari didekati ramai lelaki yang meluahkan mahu berkawan sekaligus menjadikan dia suri hati. Namun sehingga kini hatinya belum terbuka lagi untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Wan Nor Azlin bersama anaknya, Dania Camelia
. Kalau pun satu hari nanti beliau ditakdirkan bergelar isteri semula, beliau mahu memastikan lelaki yang melamarnya itu menyanyangi anak-anaknya. "Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya dan tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak.
Saya selesa sendiri. Memang ada yang mendekati saya, dari macam-macam golongan. Tapi pertamanya, kalau suami orang memang saya tak akan terima dia. "Bukan tak terfikir ke arah (kahwin) itu. Tapi setakat ini tak ada lagi. Saya bukan remaja yang nak bercinta-cinta lagi. Saya nak orang yang sayang anak saya. Kalau lelaki itu sayang anak saya, saya percaya dia akan sayang saya.
Lelaki yang boleh terima kami seadanya, jujur, ikhlas dan paling penting, lelaki itu mampu. Mampu menjaga dan sara saya dan anak-anak", katanya yang juga menyatakan bersedia untuk berhenti belakon seandainya beliau kahwin lagi nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan