Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.
"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan. "Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya. Hazmimi juga berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan. Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.
0 ulasan:
Catat Ulasan